Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Tuesday, November 18, 2008

Dating

Assalamualaikum,


Semalam masa tunggu Cik Abang nak ambik maklang balik dari office, terasa pulak laparnya perut ni. Almaklum tengahari makan sikit aje ..tapi oooopsss...lupa pulak ada makan 2 keping kot pisang goreng. Lembik and penuh ngan minyak...hmmm...habislah cholestrol naik lagi!

Sambil nak type message kat Cik Abang, dia pun tiba kat depan office. Maklang ajak Cik Abang pi dating kat MM. Terasa nak makan thosei sesangat. Maka kami pun makan lah ber2. Tak ada anak2 memang rasa lega. Sekali sekala memang kena keluar berdua-duan. Mana taknya sebab kalau ada anak2 ni memang tak dapat nak cakap2. Bestlaa...lama tak dating.. Tapi tak rasa pun masa macam mula2 berendot dulu! He...he...ialah orang dah lama...

Masih ingat dulu masa mula2 kenal dulu ada gak dating nya. Adalah sekali sekali pi makan2 ,pi shopping, pi tengok wayang ( tapi tak main pegang2 eh..I baik tau...dah tua2 ni pulak tak leh kalau tak pegang...he..he...melalut dah orang tua ni he..he...). Yang paling selalu kami buat masa dating ialah pergi makan lah apalagi. Almaklum kami memang seronok dating kalau pergi makan. Peristiwa yang paling tak dapat den nak lupa was masa pi makan kat Medan Mara. Masa dulu2 tu kat Medan Mara memang ada jual memacam. Sedap2 belaka. Senang kalau pi makan kat situ sebab office Cik Abang kat Pertama Complex aje.

Maka satu petang tu, adalah 2 insan yang bercinta pergi dating. Makanlah apalagi. Maklang ingat lagi. It was still early lah dalam kol 8:00malam kot. Paling suka makan mee sup kat situ memang sedap. Entah kat mana dah orang yang menjual mee sup tu. Sekali masa tengah tunggu nak makan tak aleh2 Cik Abang menjerit. Eiii...kata dia...Awak raba saya eh....Eeee...mana ada..perasan orang nak raba dia! Sumpah! tangan saya ada ni kat sini....Rupa2nya ada seekor kucing meleser kat kaki dia...punya lah Cik Abang maklang tu perasan..ha..ha...sampai sekarang I tak leh lupa peristiwa orang perasan tu...


Anyway, the date semalam was Ok. Kali ini si mak dara yang belanja. Mulanya makan thosei sorang sekeping, then sambung pulak makan rojak semangkuk share ber2. Kiranya romantik jugaklaa...he..he..

Lepas balik dari makan tadi sempat maklang jahitkan beg untuk makteh tu. Bunga2 nya dah lama siap. Masa mak teh datang 2-3 bulan lepas dah siap, tapi maklang tak sempat nak jahit kan jadik beg. Ingatkan nak hadiah kan mak teh...So hari ini dapatlah maklang siapkan untuk mak teh.. Close up...manik2 tu bibik tolong jahitkan..lega ada assistant sekarang.
Ini dia beg dah siap buat isi telekong. Tak letak interfacing pun. So, beg ni tak ada 'body' laa...



Dan maklang sempat siapkan yang dibawah ni sebelum maklang tidur. Kalau sempat nanti petang, maklang jahitkan jadi beg cerut untuk buat isi barang yang berkaitan dengan camera maklang... Terkenang kat berries kat jahitan cushion untuk cikgu last week.



Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......an-duan

Labels: ,

16 Comments:

At November 18, 2008 at 9:51 AM, Blogger zino said...

sekarang le kalau nak jalan pegang2tangan apo nak di sogan kan hehe.. tapi kalau hazwan nampak abah mak pegang tangan dia pi leraikan suruh pegang tangan dia hehe

 
At November 18, 2008 at 10:04 AM, Blogger maklang said...

zino:

Memang camtu..Hakim memang nak pegang tangan mak aje..

Kami pimpin2 jugak..he..he...;)

 
At November 18, 2008 at 10:10 AM, Blogger silversarina said...

salam,

Tak main raba-raba ...hahaha.

Sekarang ni lagi pegang lagi best.. maan thosei lagi, mimi ada kata maklang senanglah nak ke MM selalu sebab dekat.

 
At November 18, 2008 at 11:53 AM, Blogger Ezza Aziz said...

maklang.
saya tiap tiap malam pi dating,makan minum sama sama,anak2 mmg dah tau perangai kami,kalau tak keluar tu mesti dia orang tanya,mak tak keluar ker hari ni...
Jiran jiran semua tanya kat anak anak,mak kamu pi mana malam malam tu...anak saya cakap pi dating la cik! Best nya dapat laki macam Aziz ya!!!anak saya gelak jer....

 
At November 18, 2008 at 12:15 PM, Blogger cendawanintim said...

sangat kreatif la mak lang nih..

 
At November 18, 2008 at 1:36 PM, Blogger Zareda Norman said...

sesekali makan berdua tu perlu untuk spend quality hour dengan pasangan..

Kami pun kalau ride berdua memang syok habis, masa ni ler aksi aksi romantik cik hubby tu cthnya pakaikan tali helmet, tolong zipkan jaket, zar plak tolong butangkan tangan jacket.. ehhehhe cam mengada jer kan tapi bes!

 
At November 18, 2008 at 4:29 PM, Blogger Mulan said...

syoknya gitu dating2.. tumpang zharif & marsha kat umah maklang boleh tak one day? kami nak berdating la pulak kt MM. he he

 
At November 18, 2008 at 4:36 PM, Anonymous Anonymous said...

kan bagus pegang2 tangan....gugur dosa2 kecil..........

 
At November 18, 2008 at 5:22 PM, Blogger Kak Elle said...

best kan gi makan berdua2an tanpa anak2 mengacau dan memekak?sekali sekala buat mcm ni bagus juga kan maklang...tapi ingat jgn raba2 ye....hehe

 
At November 18, 2008 at 6:57 PM, Blogger MAMAMIA said...

Kita dapat dating kat rumah aje... Itu pun on & off ada interruptions dari si kecik yg nak itu ini....

 
At November 18, 2008 at 9:10 PM, Blogger Neeza Shahril said...

kami selalu makan kongsi2. Kalau makan, memang Shahril suruh order lain2 supaya dapat rasa.. selalunya, last2 dia makan neeza punya lebih dari yang dia order heheee..

 
At November 18, 2008 at 9:45 PM, Blogger maklang said...

Rina:

Memang ler...masa tu tak ada lesen lagi..mana boleh he...he..he..

tulah..mimi kena duduk dgn maklang baru boleh gi MM selalu2...hmmm...lamanya tunggu Giant nak bukak...frust betul!

kak ezza:

wah...tiap2 malam pi dating...maklang tak bolehlah pulak. anak2 kecik2 lagi...kesian pulak kalau kena tinggal dengan bibik tiap malam!

 
At November 18, 2008 at 9:46 PM, Blogger maklang said...

cendawan...

TQ...seronok kalau ada idea datang tau!

Zar:

Apasal pulak lah mengadanya...biasalah tu, bila lagi nak manja2 kan!

 
At November 18, 2008 at 9:47 PM, Blogger maklang said...

Mulan:

1 minggu pun boleh kalau zharif nak...pi lah dating kat MM bila Giant tu bukak! he..hee..he..

Nut:

Oh..lebih dari pimpin...ha,,ha...;)

 
At November 18, 2008 at 9:51 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

memang seronok...boleh nak bercakap secara aman. Ni malam ni aje, anak2 yang 2 kecik dah angkat tilam nak tido sini! nak tido pun bingit!

mamamia:

kat mana2 pun boleh..asal boleh dating!

neeza:

makan share2 tu biasala tu...tapi kalau tak hati2 yang kita order tu kita dapat sesudu aje..

 
At November 19, 2008 at 12:45 AM, Blogger Unknown said...

dating!!! bravooooo maklang....suka banget saya baca. teruskan...romance after marriage ni perlu.

dan tahniah di atas kejayaan Angah!

 

Post a Comment

<< Home