Assalamualaikum...
Rasanya masih tak lambat lagikan nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Adhakan..dan juga Hari Tasyrik...
Hati rasa seronok bila memikirkan ramai sedara mara yang dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna. Walaupun kami tak dapat bersama menunaikannya, tapi seronok sebab teringat masa2 kami melaluinya masih terasa..memang itu pemberian Allah mungkin, keseronokan semasa menunaikan ibadah haji itu tidak dapat dilupakan..malah masih terasa seperti dilambai2 untuk pergi ke rumah Allah lagi...teramat rindu untuk memijakkan kaki ke sana, untuk sujud di masjidil haram, untuk berdoa di hadapan multazam, untuk melawat makan Nabi tercinta...Ya Allah..kau perkenankan dia hamba mu ini untuk melawat rumahmu Ya Allah...aku benar2 rindu untuk ke sana lagi..Amin..Amin..Ya Rabbal Alamin...
Mintak maaf sekali lagi terutama kat Cik Dinz kalau baca updet maklang... seperti selalu, updet kali ini backwards lagi sebab maklang rasa lebih mudah nak updet cara ini, ingatan masih fresh lagi...
Semalam- Hari Raya
Biasa aje. Tahun ini maklang solat di masjid. Berkejaranlah maklang masak pagi tu. Nasib baik rendang yang dah di masak petang sebelum nya tinggal dipanaskan aje. Ayam pun bibik dah goreng petang raya, sambal udang pun sambal dah siap, tinggal masukkan udang aje. Ketupat pun tengahari sebelumnya dah siap. Memang raya kali ini maklang banyak relax aje. Penat balik dari KL hari Sabtu masih terasa. Mana taknya perjalanan total dari KL mengambil masa dekat 8 jam, termasuk berenti makan, solat di rumah Datok dan solat maghrib/Isyak di Cherating. So, pagi Ahad kerja kejap, maklang bosan sebab tak leh nak excess server ( kebetulan seme benda yang nak dibuat masih kat server), makanya maklang decided to ambik leave 1/2 day. Balik tu, siap2 curah bahan2 dalam kuali untuk rendang dan sambal, maklang pun naik ke atas. Letih tak ilang, maka I pergi lah ke negeri China...he..he..tido la...kalau ke England kang lama pulak nak bangun! Hujan lebat petang tu, sedap le tidurnya. Puasa pulak lagilah sedap tido, bila bangun dah petang kol 6, solat, mandi and siap untuk buka! Sedap pulak berbuka dengan rendang ...banyak ler makannya...
Raya kali ini sibuk jugak layan tetamu. Kawan ofis ada datang sefamily dan jugak kawan lama masa di Uni dulu. Seronok layan tetamu. Adek ipar maklang pun ada datang dari Paka..Makanan yang dihidang macam biasa, ketupat, rendang, ayam serai, kali ini ada sambal udang, serunding yang maklang freeze ari tu dan jugak masak lodeh. Malam raya sempat buat coklat kek dan juga krim caramel bercoklat. Sedap jugak. This one was a sold out. Sampai buat lagi petang tu...nantikan resepinya...Gempak aje lebih, buatnya cam biasa aje!
Sehari dua sebelum Raya..
Kami bertolak balik ke Kerteh hari Sabtu. Sebelum tu, maklang sempat shopping sesuatu untuk seseorang yang nak terbang jauh..siapalah agaknya gerangan nya. Maklang call dia beberapa kali untuk bertanya sekiranya dia suka yang maklang nak pilih tu tapi alangkah hampanya. telfonnya nggak diangkat. so, maklang main pilih ajelaa..he..he...Bila dia call balik, maklang dah pun sampai kat Karak. InsyaAllah besok, maklang akan poskan kepada dia...InsyaAllah akan tiba b4 dia terbang jauh...
Ok...ni cerita sebelum balik dr Langkawi. Sehari sebelum kami balik, kami pergi ke Underwaterworld tu,hmm..seronok jugaklaa..tak dapat nak pergi kat Antartika nak tengok penguin, tengok kat sini pun jadiklaa..sempat gak bergambar dengan happy feet..bagus jugak masuk sini. Walaupun agak mahal, tapi bolelaa...Adults kena RM 25 ( with mycard) and anak2 kena RM18. Total2 kenalah 100 lebih. Kalau tengok ikan2 tu bestlaa, tapi kalau tengok 3D tu maklang rasa tak payah pun tak per...tak best langsung langsung...tak best giler...buat penat tunggu beratur aje!! Tapi tak taulah kalau in the future kot lain pulak!. Tapi kalau tengok 'underwaterworld kat Jakarta, the 3D was much2 better, tapi kat Disneyland lagilah best...hmmm..nanti kalau nak pergi tengok 3D lagi, pergi tengok wayang bolehlaa kot!
Lepas dari situ, kami pi beli coklat lagi. Borong jangan tak borong. Coklat aje entah berpa kg! Then kami pi makan kat Shrimp. Sedap tu sedap, tapi for those yang tak kuat pedas, tak payah lah. Anak2 aje entah berapa togok minum air. Harga makanan terlalu mahal. Ikan siakap 1.2 kg siap masak kena RM96. Mahai betoi naa...Kankong lagi mahai..sepinggan sampai RM 2o ke RM22..mahai...gilaaaa...Rasanya kalau ke Langkawi lagi, kami tak jejak dah kat situ! Tak berbaloi walau sedap pun. Untuk 6 of us ( aTok dan Wan tak gi jalan hari tu sebab Wan kena muntah2!), kena RM 206, tu pun lepas dah tolak 10% discount kot! Actual price was RM 230+!
Malam sebelum balik was packing time. We came with 5 big bags totaling to 93kg, and balik with 5 bags plus 3 boxes. Berat jadik 189kg...Kat mana berat tu datang ye...tak lain tak bukan from my porcelain,corelle and vision. Tak lupa gak untuk keberatan coklat2 tu ler...
to summarize, the trip was an enjoyable one...tapi of course laa sebab dapat shopping lagi!
Tapi dapat gak recover duit tambang pergi balik KL sebab ari Jumaat tu maklang kena attend meeting whole day kat opis KL. Dapat claim overnigt stay and 2 hari meal allowance..Kiranya selamat lah bayar duit corelle and vision and porcelain. Tu lom kira lagi, my 2 days cuti dapat ganti dengan hari maklang kerja kat KL..he..he..untunglah dapat nak carry forward ke next year insyaAllah...
Ini kereta sewa kami for 7 days. Per day kena tambang RM 128. Oklaa..tapi ada sikit buruk laa..
Waa...anak2 ku,,ni nak ke masjid nak tengok orang sembelih lembu...Angah sampai nak muntah tengok darah, maklang pulak menagis tengok lembu tu kesakitan..kesian..
Ini Kak Bunda and famili...terhidang makanan raya...
Ini cream caramel bercoklat...
Ini lembu yang telah disembilah..dah pun ke syurga..moga2 pengorbanan kami ada manfaat buat seme...Amin...
Ini gambar tak bersedia...akim as usual monyok!
sambung balik cerita kat langkawi...ni kat kabel car. Akim on the way balik was so happy...tak takut lagi..maklang and maya seram sejuk!
Ini kat kable car punya station...atas bukit tu...first stop.
ni kat bawah..masa tunggu abah beli teket.
ni kat Mardi...seronok tengok pokok2 segar. Kami mintak daun kesom, balik hotel maklang masak ikan terubuk masak asam pedas...Kaw betul!
Bergayutan kat pokok markisa..
ni kat Mardi lagi. Kalau nak masuk sini kena bayar RM 5 untuk dewasa , anak2 Rm3 kot...Oklaa..sambil jalan2 kami diberi makan buah2an tempatan yang ditanam kat situ...
Ini kat Mahsuri...maklang tak masuk pun..gi shopping kat luar tu...
Kat Wildlife...best kat sini..berbaloi. Kami sempat ambikgambar kat sini...maknanya dalam bahasa Malaysia ialah kasih sayang...
Ni kat Wildlife
Anak2 2 orang kat Wildlife.
Laksa power..
Kat Gerai Laksa power, memang ramai makan kat sini.
Ini kat rumah Kadir. Kami tinggal kat rumah Jamal.
Bujang merajuk sebab at 1st tak mo duduk resort hi..
Kat Pulau Dayang Bunting sambil tunggu anak2 2 kecik mandi..
Tu happynya dia masa naik bot nak balik.
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
Labels: Celebration, Jalan2