Salam..salam...
Maaf, N3 yang lepas maklang memang weng sikit. Entah emotionally unstable…Tulah dia dah tua2 kalau kena PMS ni memang tak senonoh. Tambah pulak badan letih lesu setelah travel selama lebih 4 jam!
Maaf seme, don't get me wrong...Maklang pindah barang aje kat rumah kat KL. Kira pindah jugaklah tu kan untuk beberapa hari...memang seronok dapat duduk KL lagi...walau untuk beberapa hari sahaja. Barang melambak kat rumah tu tak terkemas. Macam Rina kata tu, cuma rumah persinggahan aje. Kecik comei lote rumah kami tu..tak adanya glamour macam rumah Siti Norhaliza tu..kecik aje. Untuk Cat2 ..nantilah maklang upload. Ini pun tak jumpa camera punya USB kat mana...Terselit entah kat beg mana...untuk NurAzzah, maaf maklang buat Azzah teruja…taka pa, nak belajar RE tu nanti kita usahakan yer…
Balik lagi pada cerita perpindahan maklang tu ye..
Selesai beli riben dan sedikit material untuk buat baju ( tak abis2 baju…tapi kena tempah dulu…entah berapa bulan pulak baru siapnya…), dan lepas tu kami pulang ke rumah. ( Sempat bertembung dengan Ummi365 masa tengah jalan2 tu…) Letihnya asyik ke sana kemari. Malam tu maklang sibuk ber RE lagi sebab kononnya buah tangan nya dapat satu keluarga 1 beg RE bersama tudung ( pemberian Alang) untuk perempuan, tasbih serta surat Yaasin ( thanks Angah sebab tolong mak balutkan) dan telur rebus. Kami guna bekas telur masa Busu kawin dulu ada banyak lebih, mintak angah blancokan nama dengan pen kaler gold and kami tampal denga riben besar. Dalam musim2 gawat ni kena cari idea macamana nak jimat….Penat berRE. Nasib baik Wan tolong dan jugak Aunty Leen sebab pasangkan tasel kat zip beg tu. Jadi comeilah pulak. Maklang siapkan jugak tanda mata untuk kawan2 maklang yang maklang nak berjumpa pagi ahad tu…Alhamdulillah sempat siap pagi Ahad tu untuk seme. Kiranya masa maklang pi jumpa kawan yang dah over 20 yrs tak bersua muka tu, dapatlah maklang kirimkan bekalan untuk melepas rindu..he..he.. Sebenarnya nama aje tak jumpa di alam nyata, tapi di alam cyber sesekali, adalaa…
Malam Ahad tu, kami berbelanja pulak untuk keperluan untuk khenduri doa selamat keesokkannya,sebab 'pindah' rumah , juga untuk birthday paklang dan juga sebab sempena Hakim berkhatan. Alang pun sekalilah sebab lulus periksa baru2 ni…. Bila balik rumah dah hampir jam 12 malam. Sumbat aje semenya dalam peti ais…
Ahad.
Jam 12:15 hari ahad, maklang tiba kat SOGO, ingatkan dah lambat, rupanya kawan2 maklang tak tiba lagi. Kami makan kat kedai Deli kat bawah tu. Lama tak jumpa memang berbuih mulut bercerita…ha..ha…seronok rasa hati bila kawan2 suka pemberian maklang. Dan terimakaseh banyak2 kerana sudi bertemu. Hilang rindu berpuluh tahun tak nampak muka…
Balik dari situ, bersilatlah kat dapur. Ayam2 seme bibik dah siap cuci semenya. So, maklang tinggal tumis and masak apa yang patutlaa…Alhamdulillah, by 5 something, dah siap dah…Tapi tak sempat mandi and ganti baju, kakak ipar dari Serdang tiba dah. Then Pak Chu and family. Then maklong dan keluarga bersama2 anak2 Pak Teh. Then lewat nak dekat solat barulah PakTeh bersama Makteh , datok dan Anne dan Pika..Alang memang dari pagi dah ada…Hmm..si tembam Yasmeen pakai bootie yang Aunty Elle kasi, nanti maklang letak dalam next entry ( kena carik USB ni..). Nampak comei dan selesa aje dia pakai…Banyak kali snap gambar bootie, mana tau nanti Aunty Elle kirim lagi..he..he…gurau kak , don’t take it serious eh…
Alhamdulillah..memang gempak, gamat serumah. Ada 36 orang kat rumah tu. Seronok betul. Jualan makanan yang tak sesedap mana tu habis semenya...except for the ayam masak cili padi ..sebab banyak sangat kot. Alhamdulillah...Lepas bacaan doa akhir/awal tahun hijrah, kami bersolat jemaah, then ada bacaan Yaasin serta tahlil buat kaum muslimin muslimat dan kaum keluarga yang telah pergi. Semenya diketuai oleh Pak Ngah yang memang mahir bab2 ini… ( TQ Pak Ngah)
Malam tu memang terasa meriahnya…dengant telatah anak2 yang sangatlah mencuit hati kami seme. Anak2 PakTeh lah yang menggamatkan suasana…Dilla terjerit2 berebut pisau dengan Pak Lang sebab nak potong kek birthday yang mama dia belikan untuk Paklang. Terimakaseh Makteh for the cake and also the nasik eh…..Si Pipa sempat buat story telling segala…memang seronok lah…kalau dapat berkumpol memang begitulah suasananya…Kalau lagi ramai , lagilah gamatnya…Maklumlah adek beradek semenya…he,,he..
Terimakaseh untuk semua yang hadir kerana sudi datang, dan harap kita dapat berjumpa lagi di lain masa…bila ada kesempatan. Dan buat buah2 tangan, tu, terimakaseh daun keladi, kalau maklang jemput makan boleh bawak lagi..he..he…
Malam itu, walau pun penat, terasa puas hati..Alhamdulillah,…segalanya berjalan lancari…
Dan petang semalam kami telah tiba dari KL ke rumah tetap kami kat sini…bersama 2 anak besar dan bibik. Yang kecik 2 sambung cuti kat rumah Alang bersama Atok dan Wan serta family Busu. Teras sedih nak tinggal Hakim..maknya yang terlebih sedih, tak ada jantung hati maklang untuk dipeluk dan digomol…Dan Insyaallah, petang ni maklang dan Paklang akan ke KL lagi untuk Paklang menghadiri mesyuarat di sana pulak…Besok balik sinilah…Hmmmm penatnya memikirkan perjalanan, tapi kerana suami tercinta, maklang temankan jugak…
Alhamdulillah Along dan anak2 buah maklang yang 3 lagi mendapat keputusan yang cemerlang..Tahniah untuk semenya…dan sekiranya tak puas hati dengan keputusan PMR ni, berusaha lebih untuk SPM dan doa maklang adalah untuk kecemerlangan seme anak2 buah kesayangan……
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
Labels: Family, Friends